Tuesday, December 21, 2010

Formspring - Patut ke Tak patut Jawab?

Baru balik dari bercuti. Kerja menanti aku dengan sabar. Aku pun sabar nak buat satu-satu walaupun aku rasa hari ni nak tidur je satu hari tanpa gangguan. So sambil lengah-lengah aku check email satu persatu. Ok done. Banyak pulak notification formspring kat email. Macam dah lama je tak check.


Ada 98 soalan aku belum reply. Sebenarnya aku register formspring untuk blog tudung aku tu je. Memana customer yang ada soalan pasal tudung yang aku jual ke boleh lah nak tanya kat situ. Tapi makin lama aku tengok soalan pun dari lari gila dari sepatutnya kat formspring aku tu. Macam merepek gila. Kalau aku letak formsprig kat blog merapu raban aku kat blog ni kira consider lah kan sebab aku memang suka merepek kat sini.

Formspring tu aku guna Kaunter Pertanyaan Lindosh.Com. (blog tudung kot) bukannya personal blog macam blog ni. Adoyai kenapa aku susah sangat nak explain ni? haha. Hati rasa nak jawab je soalan-soalan tu bila fikir satu macam segan aku senyapkan je lah.

Kalau tak berani jawab soalan buat apa register formspring ye tak? Aku fikir-fikir aku takkan jawab soalan2 tu kat formspring aku. Boleh tak aku jawab je soalan macam merepek-merepek tu kat blog ni? Dah lah yang  tanya soalan tu si Anon yang melampau. Tapi apa salahnya kan. dorang ni memang suka menguji orang-orang "baik hati" macam aku ni  =P

Hati memberontak nak jawab ni weh hahahaha

Friday, December 17, 2010

Ellina's Wedding

Tak banyak pun gambar dengan dia. Sekeping ni kira nasib baik lah. Demi tugas. Boleh pulak husband dia tidur? dia tidur masa bersanding? HaiP!



Btw Ellina dah langkah bendul aku dengan Wanie dalam kampeni tu. Bayaq  plisss hahaha

Tugasan ini belum siap. Maafkan kami perantin. Tunggu lepas saya balik bercuti.

Thursday, December 16, 2010

Boyfriend Rambut Pacak

Bersama Boyfriend Rambut Pacak. Kejadian masa Graduation Marsya. Hensem tak boyfriend saya?



oh boyfriend. Walau dipuji, pelis jangan kembang hidung. ketara OK?

P/S: Macam besh guna Lightroom ni. Tetiba muka aku nampak licin flawless gitu. Sangat plastik. Jerawat mana? mana? Tapi cantik kot. Yang plastik pelesu memang selalu cantik biarpun tidak asli. Tepuk dada tanya selera (eh tetiba haha)

Wednesday, December 15, 2010

Ayam Penyet

Lama punya cerita. Hari tu try pi makan kat Ayat Penyet Jusco Perda. Ayam dia marveles. yang lain-lain biasa je. Belum try daging dendeng(?) Makan tak kenyang pun sebab share berdua. Berdua lebih baik. Tapi hampeh sebab dedua perut tong besaq. Mana mau tahan lapaq beb.

Sebelum ke Jusco kami meninjau kawasan projek akan datang. Hari macam nak hujan tapi mata saya silau lah. Lokasi Mengkuang Dem. Orang kahwin memang suka photoshoot kat situ. Cantik. Tapi jalan nak pergi sana macam hazab je aku rasa.



Muka buat-buat kenyang padahal tong besaq perut dok bunyik lagi.

Selain menu utama si Ayam Penyet bersama-sama nasi, kami order Soto Ayam. Dapat rasa sikit je sebab teman tong besaq makan tak hengat aku yang dok perati dia makan bila nak pass kat aku entah. Stop makan pun sebab kena perli dengan aku. Ciskek.

Monday, December 13, 2010

Coklat Oreo

Projek Coklat Oreo berjalan dengan lancar sebab tetiba my PA datang mengejut hantar stok tudung. Boleh pulak offer diri nak tolong buat coklat. Wah itu sudah bagus. mak pun pun tak berapa sihat nak tolong aku kalau tengah sihat memang laju je menolong.

Al-maklumlah nak buat coklat ni memang senang sangat. Tapi aku cemuih, lenguh tangan bila bab mengacau coklat atas dapur tu. Guna kaedah double boiler ye tuan puan. Pastikan coklat tidak berketul-ketul. Tapi aku selalu main tipu. Dah separuh cair tapi masih berketul aku dah angkat ketepi pastu kacau habis-habisan lenyek sikit pastu letak balik kat dapur so cepat lah sikit kerja aku. Kalau harap kat atas mangkuk tu alahai dengan panasnya dengan nak control dedua tangan lagik. Lamanya haihhh nak tunggu cair. Aku memang selalu ingkar nasihat cikgu aku hahaha.

Selalunya kalau projek coklat ni sejam pertama aku boleh tahan lagik. Lepas sejam tu aku mula lah mandommm.  Kerana itu lah aku selalu memerlukan ramai Assistant. Assistant semua boleh harap punya. Selalu jadi mangsa mak aku dan abang aku dan AK. Pernah dulu masa kenduri kahwin adik kak ipar aku kami buat besar-besaran 4 hari 3 malam selesaikan 1400 biji coklat. Nak pengsan ok. Juling mato dah. Bila dah setel bab coklat lagi satu bab ialah packing. Perlu banyak-banyak sabaq hehehe.

Thats why lah wehhh orang jual coklat homemade ni mahal tau. Proses tu yang mahal. Jangan fikir orang yang buat homemade coklat ni tahu nak kaut untung je. Untung tak lah banyak mana sebab kos coklat pun mahal. kos tenaga lagi. kos masa lagi. kos air eletrik lagi. Pasal coklat tu ada orang kata guna je lah coklat masakan yang selalu letak kat atas kek tu. Murah pun murah.  Aku gelak guling-guling kang. Korang try la buat jadikan coklat. Pastu korang rasa dan bezakan sendiri huhuhu.


Eh. Aku nak cerita pasal Coklat Oreo. Dah jauh sesat. Kali ni aku cuma mengacau coklat. Tugas mendeko mencolor bagai AK yang buat. Comot lah jugak tapi sweet je. Muka je ganas tapi dalam hati ada taman kui kui kui. Alaa aku sendiri pun buat lagik comot. Kira dia main color lagik kemas sikit dari aku haha aku mengaku ni.

 Tengok lah colorful gila. Aku suka color-color tu. Yang celoreng tu sebenarnya plain oreo. Asalnya nak beli edible image Ben10 tapi satu keping saiz A4 tu pun 10 hengget dapat lah utk 10 ketul kot. Aku rasa tak berbaloi sebab Ben10 tu akhirnya kena buang jugak. Gila punya tak sedap lah makan edible tu.
AK rajin conteng-conteng.  Aku cuma letak star kecik tu je.


Memula masa susun ni aku yang buat. Dah peringkat akhir kerja AK punya rajin melayan pergi susun satu-satu bentuk love nih. Sangat gigih lah. Lepas tu dia pun snap lah pic ni. Macam tahu-tahu je aku suka. Lepas settle kerja ni terus nak lari balik rumah. Nak lari dari kena packing lah tu haha aku kena buat sorang-sorang. Nevermind.

Aku tak bagitahu ek sebenarnya Coklat Oreo ni nak bagi khas untuk anak-anak saudara aku yang dekat dan yang jauh sempena masuk JAWI. dah niat nak bagi dari hari tu so apa lagik kan.. Aku harap dorang suka lah makan Coklat Oreo yang manis gila ni. Coklat Susu yg sedia manis ditambah cream oreo yg lagik manis. Aiyo kencing manis ok. Patutnya aku guna dark coklat untuk oreo tu. Wuteva lah kan. Bebudak tu mesti suka makan bagi tambah rongak gigi tu.

P/S: Lepas ni entri yang penuh dalam draft akan dikeluarkan. Semuanya dalam schedule. Auto publish je lah nanti. Petang Selasa dah boleh cuti. Yahooo. yahoo betul ke ni? hmppfh

Tuesday, December 7, 2010

Marsya Adriana Graduation Day

Pergh.. tajuk entri macam budak tu graduate dari universiti mana-mana je lah kan haha.. Padahal baru habis tadika .Ok lah tu kan. Ni kira permulaan hidup dia laa.. Peristiwa ni dah lama dah lepas aku buat entri Pelangi Petang. Wut to do lah kan.. aku sibuk dengan kerja harian. (lah sangat) Nak blogging ni fikir banyak kali n kena carik mood baik punya. Nak kata sekarang mood bagus sangat tak lah sebab rasa mata ni macam ajak belayar dah.

Kerja banyak gila pending. Minggu lepas aku sibuk. Aku letih.  makanya masa rehat aku adalah seminggu ke dua minggu. Kalau kerja company sendiri jahanam lingkup dah kan? Sementara tunggu mood rajin ni ada pekdah nya aku upload video yang aku sempat rekod hari tu.


si Marsya ni dia masuk tadika majoritinya cina. My Little Kingdom ke apa entah. Berapa kerat je pun budak melayu nya. Masa persembahan bebudak tu nyanyi lagu cina. Semua lagu cina kot. Omputih tak sure la ada berapa lagu. Siap menari bagai. Ada satu part tu dorang sebut bahasa cina tak tahu benda apa aku pun tak dengar jelas (padahal aku tak paham satu haram) tetiba kaum-kaum perempuan emak-emak semua bangun. Lepas tu kaum lelaki pulak bangun. So yang parents orang melayu ni terpinga-pinga je lah tak paham kann. Rupanya dorang mintak semua parents bangun. Kononnya untuk penghargaan pada mak bapak oleh anak-anak kecik tu.

Tu la kan kalau rasa nak hantar anak pergi sekolah bahasa lain tu makesure la ada basic gak parents nye hehe. Ni blur-blur terpinga leceh jugak. Tapi kan aku suka lagik Aiman punya tadika dulu. Tadika melayu lah majoriti. Siap ada tarian tradisional lagik. Kalau dah tekak melayu payah laa kan. Patutlah i tak ada hati langsung nak carik boyfriend mat salehhh walau hensem macam mana pun yang hitam manis kelat gak aku pilih hahaha

Sunday, December 5, 2010

Aiman dah sunat yeay!

Budak umur 7 tahun ni beriya-riya nak sunat sesama dengan sepupunya. Pada aku tak payah lah sunat lagi. Tahun-tahun depan pun boleh. Muda lagi ni. Nak pergi bilik air mandi malam pun nak berteman lagi. Kalau mintak naik tingkat atas pun lagi lah kot. Katakan TakNak.

Peneman setia dia adalah adik perempuan dia yang muda setahun. Tak pun si kecik umur 2 tahun tu diajak pergi bilik air temankan haha.  Aiman pulak kalau  tengok tv cerita hantu kat astro tu boleh nampaklah dia menyelit tepi aku. makin lama makin tenggelam. bantal mesti ada nak sorok muka. Tapi dia selalu cover line. Kalau adik perempuan dia? Rileks je boleh duduk depan tv langut.

Paling best si Aiman ni sensitif orangnya. Tengok drama sedih kat tv tangkap lentok kot berkaca-kaca matanya huhuhu. Nangis beb. macam mak dia kot.

Aku harap lah lepas masuk jawi ni dia tak ajak adik-adik perempuan dia temankan dia pergi mandi. Haru beb kalau si adik-adik dia nanti dok bersoal jawab tengok Aiman nya ghope dah lain dari ek dulu hihihi. Please simpan ok Aiman. Khazanah bernilai sampai bila-bila.

Anak buah aku yang kembar kat KL tu pun masuk jawi hari ni jugak. Wah dah besar anak sedara maksu ni yerkk. Tapi jangan nak menggatai carik awek sudah lah.

 morning aiman! makcu ni pepagi dah kacau aiman. bucuk punya budak.

 makcu singgah kejap je lah temankan ada orang tu nak melawat budak sakit nih.


Mama dia cerita lah masa pergi klinik nak bersunat tu seronok ja depa. konon macho habis lah kan. Abah dia kata tengok doktor buat macam siat macam nak buat daging bakaq hauhauha. Lepas kena sunat Aiman menten ok. Tak sakit pon! Balik rumah bius dah hilang terus menangis sebab sakit dah terasa  olololo baru kau tahu ye!