Sunday, February 27, 2011

Hana Watashi Wed!

kembali bersiaran! nak update tak terupdate. dah 2 bulan terperap hehe.


hana watashi ni kawan blogger yg dah lama kenal tapi mana pernah jumpa kan. aku pun dah lama stop blogging. tapi aku dapat jemputan dari hana melalui email. maybe dia mass invite kekawan blogger. boleh tahan laa jalan nak pergi rumah dia. tersesat jugak memula.

risau gak salah rumah kenduri. sampai2 je nampak pengantin berarak. pengantin baju pepel. tengok muka macam lain kurus sikit. hana kan comei chubby sikit. adoi siap pergi tanya org kampung tu. kenduri nama zarina kat mana? nasib lah dorang kata kat sini lah. dorang buat kenduri 2 pengantin serentak. oh adik lelaki dia pun kahwin sesama. ok. ok hehe.

hana berarak awal sikit dia dah kedepan rumah. aku ushar dari jauh je. ya ampun punya ramai lah orang. sangat meriah ok. sebelum dia makan beradab aku beranikan diri la pergi jumpa dia. terkejut mak nenek kot dengan muka blur tak kenal aku. siapa ni? siapa ni?  terkejut dia bila aku pergi kat dia terus salam cium2 pipi bagai. harus kenal kan diri sebagai blogger yang bernama dot dot dot. ex-blogger lebih tepat masa tu. selalunya dalam gambar muka kita lain. kat luar muka lain. dalam kes aku, dalam gambar aku nampak kiut [baca: perasan] berbanding dengan kat luar muka sebenarnya sangat sememeh hahaha macam mana lah orang nak kenal kan..






 watashi memang sangat cun ok. bila hari kahwin dia bertambah cun dengan warna baju menyerlah kan dia tu. aku sebagai pemerhati masa majlis dia tu memang nampak terserlah dengan perangai gila-gila dia. memang tak langsung tak kontrol cun walaupun atas pelamin. tengok si king pulak macam malu2 hihi. oh si king adalah gelaran nama suami dia.

paling2 best bab makanan dia. super sedap mabelesss! aku ambik gak kad nama katering tu. tapi malangnya jauh lah dari tempat aku. katering tu area rumah hana lah tak silap aku. so selamat pengantin baru watashi walaupun dah tak berapa baru sebab dia dah pregnant pun sekarang ni. tahniah sekali lagik! =)