Tuesday, December 21, 2010

Formspring - Patut ke Tak patut Jawab?

Baru balik dari bercuti. Kerja menanti aku dengan sabar. Aku pun sabar nak buat satu-satu walaupun aku rasa hari ni nak tidur je satu hari tanpa gangguan. So sambil lengah-lengah aku check email satu persatu. Ok done. Banyak pulak notification formspring kat email. Macam dah lama je tak check.


Ada 98 soalan aku belum reply. Sebenarnya aku register formspring untuk blog tudung aku tu je. Memana customer yang ada soalan pasal tudung yang aku jual ke boleh lah nak tanya kat situ. Tapi makin lama aku tengok soalan pun dari lari gila dari sepatutnya kat formspring aku tu. Macam merepek gila. Kalau aku letak formsprig kat blog merapu raban aku kat blog ni kira consider lah kan sebab aku memang suka merepek kat sini.

Formspring tu aku guna Kaunter Pertanyaan Lindosh.Com. (blog tudung kot) bukannya personal blog macam blog ni. Adoyai kenapa aku susah sangat nak explain ni? haha. Hati rasa nak jawab je soalan-soalan tu bila fikir satu macam segan aku senyapkan je lah.

Kalau tak berani jawab soalan buat apa register formspring ye tak? Aku fikir-fikir aku takkan jawab soalan2 tu kat formspring aku. Boleh tak aku jawab je soalan macam merepek-merepek tu kat blog ni? Dah lah yang  tanya soalan tu si Anon yang melampau. Tapi apa salahnya kan. dorang ni memang suka menguji orang-orang "baik hati" macam aku ni  =P

Hati memberontak nak jawab ni weh hahahaha

Friday, December 17, 2010

Ellina's Wedding

Tak banyak pun gambar dengan dia. Sekeping ni kira nasib baik lah. Demi tugas. Boleh pulak husband dia tidur? dia tidur masa bersanding? HaiP!



Btw Ellina dah langkah bendul aku dengan Wanie dalam kampeni tu. Bayaq  plisss hahaha

Tugasan ini belum siap. Maafkan kami perantin. Tunggu lepas saya balik bercuti.

Thursday, December 16, 2010

Boyfriend Rambut Pacak

Bersama Boyfriend Rambut Pacak. Kejadian masa Graduation Marsya. Hensem tak boyfriend saya?



oh boyfriend. Walau dipuji, pelis jangan kembang hidung. ketara OK?

P/S: Macam besh guna Lightroom ni. Tetiba muka aku nampak licin flawless gitu. Sangat plastik. Jerawat mana? mana? Tapi cantik kot. Yang plastik pelesu memang selalu cantik biarpun tidak asli. Tepuk dada tanya selera (eh tetiba haha)

Wednesday, December 15, 2010

Ayam Penyet

Lama punya cerita. Hari tu try pi makan kat Ayat Penyet Jusco Perda. Ayam dia marveles. yang lain-lain biasa je. Belum try daging dendeng(?) Makan tak kenyang pun sebab share berdua. Berdua lebih baik. Tapi hampeh sebab dedua perut tong besaq. Mana mau tahan lapaq beb.

Sebelum ke Jusco kami meninjau kawasan projek akan datang. Hari macam nak hujan tapi mata saya silau lah. Lokasi Mengkuang Dem. Orang kahwin memang suka photoshoot kat situ. Cantik. Tapi jalan nak pergi sana macam hazab je aku rasa.



Muka buat-buat kenyang padahal tong besaq perut dok bunyik lagi.

Selain menu utama si Ayam Penyet bersama-sama nasi, kami order Soto Ayam. Dapat rasa sikit je sebab teman tong besaq makan tak hengat aku yang dok perati dia makan bila nak pass kat aku entah. Stop makan pun sebab kena perli dengan aku. Ciskek.

Monday, December 13, 2010

Coklat Oreo

Projek Coklat Oreo berjalan dengan lancar sebab tetiba my PA datang mengejut hantar stok tudung. Boleh pulak offer diri nak tolong buat coklat. Wah itu sudah bagus. mak pun pun tak berapa sihat nak tolong aku kalau tengah sihat memang laju je menolong.

Al-maklumlah nak buat coklat ni memang senang sangat. Tapi aku cemuih, lenguh tangan bila bab mengacau coklat atas dapur tu. Guna kaedah double boiler ye tuan puan. Pastikan coklat tidak berketul-ketul. Tapi aku selalu main tipu. Dah separuh cair tapi masih berketul aku dah angkat ketepi pastu kacau habis-habisan lenyek sikit pastu letak balik kat dapur so cepat lah sikit kerja aku. Kalau harap kat atas mangkuk tu alahai dengan panasnya dengan nak control dedua tangan lagik. Lamanya haihhh nak tunggu cair. Aku memang selalu ingkar nasihat cikgu aku hahaha.

Selalunya kalau projek coklat ni sejam pertama aku boleh tahan lagik. Lepas sejam tu aku mula lah mandommm.  Kerana itu lah aku selalu memerlukan ramai Assistant. Assistant semua boleh harap punya. Selalu jadi mangsa mak aku dan abang aku dan AK. Pernah dulu masa kenduri kahwin adik kak ipar aku kami buat besar-besaran 4 hari 3 malam selesaikan 1400 biji coklat. Nak pengsan ok. Juling mato dah. Bila dah setel bab coklat lagi satu bab ialah packing. Perlu banyak-banyak sabaq hehehe.

Thats why lah wehhh orang jual coklat homemade ni mahal tau. Proses tu yang mahal. Jangan fikir orang yang buat homemade coklat ni tahu nak kaut untung je. Untung tak lah banyak mana sebab kos coklat pun mahal. kos tenaga lagi. kos masa lagi. kos air eletrik lagi. Pasal coklat tu ada orang kata guna je lah coklat masakan yang selalu letak kat atas kek tu. Murah pun murah.  Aku gelak guling-guling kang. Korang try la buat jadikan coklat. Pastu korang rasa dan bezakan sendiri huhuhu.


Eh. Aku nak cerita pasal Coklat Oreo. Dah jauh sesat. Kali ni aku cuma mengacau coklat. Tugas mendeko mencolor bagai AK yang buat. Comot lah jugak tapi sweet je. Muka je ganas tapi dalam hati ada taman kui kui kui. Alaa aku sendiri pun buat lagik comot. Kira dia main color lagik kemas sikit dari aku haha aku mengaku ni.

 Tengok lah colorful gila. Aku suka color-color tu. Yang celoreng tu sebenarnya plain oreo. Asalnya nak beli edible image Ben10 tapi satu keping saiz A4 tu pun 10 hengget dapat lah utk 10 ketul kot. Aku rasa tak berbaloi sebab Ben10 tu akhirnya kena buang jugak. Gila punya tak sedap lah makan edible tu.
AK rajin conteng-conteng.  Aku cuma letak star kecik tu je.


Memula masa susun ni aku yang buat. Dah peringkat akhir kerja AK punya rajin melayan pergi susun satu-satu bentuk love nih. Sangat gigih lah. Lepas tu dia pun snap lah pic ni. Macam tahu-tahu je aku suka. Lepas settle kerja ni terus nak lari balik rumah. Nak lari dari kena packing lah tu haha aku kena buat sorang-sorang. Nevermind.

Aku tak bagitahu ek sebenarnya Coklat Oreo ni nak bagi khas untuk anak-anak saudara aku yang dekat dan yang jauh sempena masuk JAWI. dah niat nak bagi dari hari tu so apa lagik kan.. Aku harap dorang suka lah makan Coklat Oreo yang manis gila ni. Coklat Susu yg sedia manis ditambah cream oreo yg lagik manis. Aiyo kencing manis ok. Patutnya aku guna dark coklat untuk oreo tu. Wuteva lah kan. Bebudak tu mesti suka makan bagi tambah rongak gigi tu.

P/S: Lepas ni entri yang penuh dalam draft akan dikeluarkan. Semuanya dalam schedule. Auto publish je lah nanti. Petang Selasa dah boleh cuti. Yahooo. yahoo betul ke ni? hmppfh

Tuesday, December 7, 2010

Marsya Adriana Graduation Day

Pergh.. tajuk entri macam budak tu graduate dari universiti mana-mana je lah kan haha.. Padahal baru habis tadika .Ok lah tu kan. Ni kira permulaan hidup dia laa.. Peristiwa ni dah lama dah lepas aku buat entri Pelangi Petang. Wut to do lah kan.. aku sibuk dengan kerja harian. (lah sangat) Nak blogging ni fikir banyak kali n kena carik mood baik punya. Nak kata sekarang mood bagus sangat tak lah sebab rasa mata ni macam ajak belayar dah.

Kerja banyak gila pending. Minggu lepas aku sibuk. Aku letih.  makanya masa rehat aku adalah seminggu ke dua minggu. Kalau kerja company sendiri jahanam lingkup dah kan? Sementara tunggu mood rajin ni ada pekdah nya aku upload video yang aku sempat rekod hari tu.


si Marsya ni dia masuk tadika majoritinya cina. My Little Kingdom ke apa entah. Berapa kerat je pun budak melayu nya. Masa persembahan bebudak tu nyanyi lagu cina. Semua lagu cina kot. Omputih tak sure la ada berapa lagu. Siap menari bagai. Ada satu part tu dorang sebut bahasa cina tak tahu benda apa aku pun tak dengar jelas (padahal aku tak paham satu haram) tetiba kaum-kaum perempuan emak-emak semua bangun. Lepas tu kaum lelaki pulak bangun. So yang parents orang melayu ni terpinga-pinga je lah tak paham kann. Rupanya dorang mintak semua parents bangun. Kononnya untuk penghargaan pada mak bapak oleh anak-anak kecik tu.

Tu la kan kalau rasa nak hantar anak pergi sekolah bahasa lain tu makesure la ada basic gak parents nye hehe. Ni blur-blur terpinga leceh jugak. Tapi kan aku suka lagik Aiman punya tadika dulu. Tadika melayu lah majoriti. Siap ada tarian tradisional lagik. Kalau dah tekak melayu payah laa kan. Patutlah i tak ada hati langsung nak carik boyfriend mat salehhh walau hensem macam mana pun yang hitam manis kelat gak aku pilih hahaha

Sunday, December 5, 2010

Aiman dah sunat yeay!

Budak umur 7 tahun ni beriya-riya nak sunat sesama dengan sepupunya. Pada aku tak payah lah sunat lagi. Tahun-tahun depan pun boleh. Muda lagi ni. Nak pergi bilik air mandi malam pun nak berteman lagi. Kalau mintak naik tingkat atas pun lagi lah kot. Katakan TakNak.

Peneman setia dia adalah adik perempuan dia yang muda setahun. Tak pun si kecik umur 2 tahun tu diajak pergi bilik air temankan haha.  Aiman pulak kalau  tengok tv cerita hantu kat astro tu boleh nampaklah dia menyelit tepi aku. makin lama makin tenggelam. bantal mesti ada nak sorok muka. Tapi dia selalu cover line. Kalau adik perempuan dia? Rileks je boleh duduk depan tv langut.

Paling best si Aiman ni sensitif orangnya. Tengok drama sedih kat tv tangkap lentok kot berkaca-kaca matanya huhuhu. Nangis beb. macam mak dia kot.

Aku harap lah lepas masuk jawi ni dia tak ajak adik-adik perempuan dia temankan dia pergi mandi. Haru beb kalau si adik-adik dia nanti dok bersoal jawab tengok Aiman nya ghope dah lain dari ek dulu hihihi. Please simpan ok Aiman. Khazanah bernilai sampai bila-bila.

Anak buah aku yang kembar kat KL tu pun masuk jawi hari ni jugak. Wah dah besar anak sedara maksu ni yerkk. Tapi jangan nak menggatai carik awek sudah lah.

 morning aiman! makcu ni pepagi dah kacau aiman. bucuk punya budak.

 makcu singgah kejap je lah temankan ada orang tu nak melawat budak sakit nih.


Mama dia cerita lah masa pergi klinik nak bersunat tu seronok ja depa. konon macho habis lah kan. Abah dia kata tengok doktor buat macam siat macam nak buat daging bakaq hauhauha. Lepas kena sunat Aiman menten ok. Tak sakit pon! Balik rumah bius dah hilang terus menangis sebab sakit dah terasa  olololo baru kau tahu ye!

Friday, November 26, 2010

Congrats Yuna !

oh mata silau dengan color background? nasib ah. saya suka main dengan color. baru ceria hidup.

nak ucap tahniah kat Yuna sebab menang besaq kat Shout Awards. hebat hebat. aku suka.


 tak cukop tangan ke Yuna? meh saya nak tulong pegang =P

i heart Hana! so sweetttttttttt!
eh.. i love you both lah!

opps! yang ni betul-betul buat aku tekujat beruk bila baca paper kosmo. terjerit lah kejap. hek'eleh entah apa-apa je kan. ah tetiba dapat berita macam ni. luruh jantung. masa 1996 umur aku 15 tahun aku tergila-gila kan lelaki bernama Qushairi @ Chi @ Qi. dulu kan dia dengan OAG rambut panjang. lagik ensem dari sekarang. sumpah tak tipu.

aku pasrah kalau Chi @ Qi bercinta dengan Yuna. sama-sama cute. tak macam aku. tak ada siapa hingin. dah 14 tahun berlalu.. Qi tetap tak hingin nak pandang aku yang hina ni. *lari bawak diri jauh-jauh*

tetiba rasa macam nak pelempang muka sendiri. haha. semoga berbahagia kalian berdua. jangan hampakan saya.



Sunday, November 21, 2010

Oh Pelangi Petang

Drama kat TV2 ni ulangan rasanya. Cerita lama dah ni. Mak mertua dia benci gila dengan perempuan A ni. Sebab dia bukan menantu pilihan. Husband dia tak nak kahwin dengan perempuan B pilihan mak dia. Agaknya dorang ni dulu pernah bercinta or bertunang ke apa entah. Alaa tak tengok dari mula lah pulak.

Perempuan B ada lelaki lain kot. Lepas tu lupa lelaki ni. ye ke memandai je aku buat cerita haha. Lelaki ni jumpa perempuan A. dia ni janda anak satu. Lagi bertambah benci pulak mak lelaki ni. Macam-macam maki hamun kat perempuan A ni. tapi bagus gila dia ni penyabar pulak orangnya kena hina pun tak kisah yeee. Kalau aku hawing balik je orang tu. Emo lak.

Lepas kahwin mak si lelaki ni buat baik pulak dengan perempuan A ni. Siap ajak tinggal bersama dengan dia. Bagusnya perempuan ni terima pelawaan tinggal dengan mak mertua. Ada ke menantu yang sebaik ni sekarang ni? hehe. Maksud aku.. bila lepas dah hina teruk-teruk kena keji macam-macam lepas tu nak kena hadap pulak? Tu lah dia.. aku nak cakap kalau ada isteri macam ni sekarang memang aku tabik spring. Respek gila.

Tapi mak mertua dia kurang ajar ok. Penipu. Ada udang sebalik batu. Apa kesudahan cerita ni? Aku malas nak tunggu la.

Sebenarnya aku buat entri sebab tadi scene perempuan tak bersalah tu teringat kisah husband dia "kutip" dia masa dia susah dulu. Dia ikhlas ambil perempuan tu sebagai isteri dia. Part tu lah keluar lagu Pelangi Petang lagu Sudirman ni. Wah sayu ok. Aku kan ada kenangan lagu tu hihihi. Aku pun bagai di"kutip" gak dulu. Ceh kutip tu perkataan kurang ajar lah haha.

Aku dah nak abis entri cerita kat tv ni pun dah nak abis. perempuan ni dah beranak. Tapi keluar lagu Kau Pergi Jua pulak. Konpem dia mati kejap lagik. Sayuuu!

Esok (pagi ni lah) kena bangun awal. nak pergi konvo tadika Marsya. woo tahun depan masuk darjah 1. hari ahad pebarang bangun awal!

Cinonet

Aku memang pantang kalau lalu kedai baby ni. bukan pekakas lain. baju baby je aku geram. geram gila dengan baju-baju comel-comel rasa macam nak telan! eh tak..geram tapi tak tahu nak describe macam mana.

Hari tu masuk jugak kedai seangkatan tu. memang aku rembat gak. Fikir-fikir nak bagi kat siapa entah. anak buah dah besar kot (dah 2 tahun keatas).



Merah Mak Ngah. Kenapa laa aku pilih color tu yee? Aku sukaaaa gilaa. sebab nampak ceria je baby kalau pakai. Tapi new born tak boleh lah pakai lagi longgar yang amat. tunggu lah berapa bulan dah nanti kan.

Rasa macam tak cukup je aku beli satu lagi konon baju tidur lah color pink. Aku beli besar sikit. boleh tahan lama sikit. Selalunya baju baby aku memang beli yang besar sikittt. nak harap new born punya baju sebulan dua je lah beb pastu sendat kesian baby ok.

Gift ni pun aku bagi secara rahsia je. Silent reader. Eh? Esok nya cuti raya. Malam tu dapat SMS cakap "tq for da gift bla..bla..bla.. " Aisehmen. Mana pulak dia ni tahu? Aku buat bodo je tak reply. No need ok. Sincere from my heart. Ceh poyos.

Monday, November 15, 2010

Uncle Seekers menjengkelkan (?)

Aku jumpa artikel ni kat blog RotiKaya. Terkujat habis. Si pemburu hantu kini muncul semula. Tapi kali ni buru apa pulak? Publisiti sangat penting pada dia sekarang. Murahan kah? Bukan lah. "Saya cuma gila glemer'" kata ankel secara perlahan..



Dia nak cerita kat satu dunia dengan perasaan bangga bahawasanya sekarang dia sedang "digilai" oleh bekas permaisuri agung. Tapi kata dia "Cinta syhh". apa kejadah tu.. dah tak syhh lah kalau kau canang kat satu dunia perihal kau dan dia. Mengaibkan pulak tu. Aisehmen.

Memang something wrong somewhere lah.. Apa motif Uncle Seekers ni?

Sunday, November 14, 2010

Epi Besday Tok Kiah!

13 November besday omak den. Den pakat ngan adik badik semuo selebret besday omak. Soh boli kek jo lah nak buek suprise malam tu. Sorang boli kek. Sorang boli satey. Den lak boli pizza. Bukan pizza hut ok. mahal bona tu.  Nak makan mahal meh lah tong-tong ghamai-ghamai.

So tanak menampakkan den ni kodokut sangat den boli 2 pizza large instant tu. bakar kat oven sendiri. jimat wooh. Pastu tingin pulak nak buek koktail buah berkuah kastard tu. Opismet den selalu bawak poie opish licinnn semua org makan. Menjilat jari. Tapi malang nya koktail den tak dapek sambutan. Anak buah den semuo kato tak sodap. Hampeh ah bebudak ni. Tak tau menilai langsung mano sodap mano tak. Samo jo orang tuo yang lain. Den dah frust nak buek apo2 kek umah ni. Den makan sendiri jo lahh.

Tapi suprise memang menjadik lah. Sampai kesudah omak blur-blur jo apo lah aku buek kan. kenduri apo lah pulak. Tetibo semuo anak-anak n cucu  sekalian omak datang bawak bekal. Terus soh omak tukar baju kelawar yang tak bapo semonggah kalo nak amek gamba ke apo kan.

Pastu sesi bergambar. Den la tukang amik gamba. So memang satu koping pon takdo muko den. Part paling besh den amik video bebudak tu nyanyi lagu epi besday kek tok kiah. Pastu orang tuo2 pulak nyanyi sambil tenggek kat belakang tok kiah. Ikut arahan jo semuo konon nak masuk videooo huhuhu.

Tapi sangat menyedihkan bila den tengok balik kek kamera.. ruponyo den off record. dushhh..! So yang dapat part bila den stop record (kononnya nyo lahhhh hahaaha) padahal masa "stop" laa video baru direcord. Soooo dapat la 5-7 saat setiap videooo. Aduyaiii sangat pandai pompuan nehh!

Meh la layan video berapa saat yang jadik kegilaan bebudak tu suh rewind 10-20 kali sebab tak pueh tengok hahaha. Sadisssssssss! Semuo makcu pandai punya kojo. Gambar lain banyal lagik. Den konpem pemalash nak upload. Tapi semalam dah tolong akak ipar den upload kan kek facebook dio.



btw.. hepi besday buek omak den yang tershayangg.. epi besday ke 62 tahun. kek tulis 66 tahun. korang ni lupo daratan lah lupo umo omak yooo.  omak.. semoga sehat-sehat selalu.  i love you!

Air Supply datang Malaysia!

Konsert Air Supply kat KLCC 15 November 2010. PISA Penang 16 November 2010. Kuantan 18 November.


Wehh Air Supply tuuuu..! boleh gugur jantung aku ni. kumpulan evergreen peberet aku sejak dulu kala ni..! Lagu tangkap lelehhh.

Tapi apa ke bangang nya Konsert kat PISA tu malam raya haji? Memang bangang gila babi la penganjur depa ni! Demm!

Monday, October 25, 2010

Si Jendol

Tadi petang saja jalan-jalan masuk butik baju. butik tudung. Ada jumpa satu jenis tudung ni. Pernah tengok sebelum raya lagi. Sekali pandang macam turban daa. Tapi ni versi perempuan la. Inner kat dahi tu macam dijerut sikit keatas dengan klip apa-apa entah. Konon comel lah kan.

Memang lah comel kalau pakai kena muka dan kena gaya. Aku pun ada hati jugak nak try. Macam-macam kaedah aku cuba. Pusing kiri kanan tengah. Dahi je yang tersembul. Punah hasrat hati.


Tu haa kat atas ni lah Tudung Nani nya. Rasanya tu pic pengasas tudung nani. Kalau tak silap laa. Alaa sponsor tudung kat drama Astro Tudung Express yang Lisa Surihani berlakon. Aku tak pernah tengok pun. Rumah tak dibenarkan pasang astro.

If aku buat selambe rawk redah je pakai amacam? kasi nampak terjungkit sikit dahi sebelah macam baru lepas terhantuk lepas tu lebam.

Saturday, October 23, 2010

Gemuk Hempap Kurus

Aku main banyak bab nak kecik kurangkan berat badan. Benda ada depan mata pun malas nak buat. Benda yang dah bayar sampai ribu pun malas nak attend. Aku tak ada alasan lain kecuali MALAS.

Hari-hari cakap pasal nak diet. Hari-hari cakap pasal nak pakai seluar jeans lama. Berbuih-buih mulut cakap dengan diri sendiri. Tapi satu haram tak guna.

Ya. Aku macam mimpi ngeri bila terjumpa pic yang kurang ajar macam kat bawah ni. Cilaka betul lah siapa lah yang pergi share kat facebook tu. Kalau perempuan yang menghempap tu adalah aku isk memang lah.. Huwaaaaaaaaaaaaaa! Kesian ok.


Tapi nak kesian kat perempuan yang menghempap atau pada yang kena hempap tu? tsk.

Wednesday, October 20, 2010

Chinta @ Fasha Sandha


Mula-mula tak berapa rasa nak tengok drama ni. Sebab pelakon utama nya Fasha Sandha (?). Dari episod pertama aku try layan drama ni. Sampai kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Makin lama makin suspen. Wah best ok cerita ni. Nak cerita sinopsis nya panjang lebar pulak nanti.

Siapa yang layan dari mula lagi konpem hari-hari nak balik kerja cepat sebab nak tengok drama ni pukul 6.30 petang. macam aku lah. Ingat senang ke aku nak ngadap tv sangat? Jenjarang lah weh.

Serius cakap lah selain jalan cerita dia yang memang best (kecuali scene matikan banyak watak terlalu cepat) aku nak cakap yang pelakon utama dia Fasha Sandha memang the best actress lah! Dah la muka cantik. Serius dia memang cantik. Ada orang tak puas hati statement ni ke? hehehe. Terima lah kenyataan beb.

Mungkin ramai tak suka dengan peribadi dia (termasuk aku). Kisah peribadi dia yang macam tu yang macam ni whatsoever lah. Tapi tak payah lah nak hina macam-macam sangat macam kau tu sempurna gila babi, macam kau paling bagus, dan macam kau tu paling cantik/hensem dalam dunia ni. Cermin diri dulu woo. Ok dah banyak "macam" aku sebut.

Sorry ya aku tak backing hanya kerana aku suka tengok Chinta huhuhu. Ekceli, aku pernah jumpa si Fasha ni sekali je seumur hidup aku masa aku kerja kat kedai sukan Studio kat Carrefour tahun 1999. Masa tu dia budak lagi. Eh muda remaja laa. Aku pun baru lepas SPM kot. Dia masuk kedai cari baju Body Glove yang new arrival. Layan body glove ok time tu. Muka tak berubah dari dulu sampai sekarang. Kiranya natural beauty wa cakap lu. Masa tu dia baru jadi model kot.

Dia junior aku masa sekolah. Junior sesangat lah sebab aku tak pernah jumpa dia kat sekolah. Aku sekolah pagi dia sekolah petang. Aku dah keluar sekolah dia masuk sesi pagi. Setahu aku dia memang ramai peminat kat sekolah. Cikgu-cikgu pun ada yang gila kan dia. Ni cerita adik angkat aku lah. Ops. Kakak dia pernah kerja satu kilang dengan aku dolu-dolu. (ada siapa kisah? hahaha)

 Aku cuma pemerhati dari jauh je cewah. Aku tahu banyak cerita dia sebab si Fasha ni memang pemes amos lah kat tempat aku. So tak payah dia kenal aku atau aku kenal dia. Kami memang tak pernah kenal. Yang aku tahu dia sekarang seorang pelakon yang hebat. Itu sahaja.

Tak sabar nak tengok ending Chinta. Siapa sebenarnya Faradhiya dalam drama ni? Yang pasti hero dah mati. Sobs.

P/S: Cantik gila baju pengantin yang Fasha pakai tu. Ke Fasha memang cantik pakai baju apa pun? hahaha *larikk dari anti-fasha* =P

Monday, October 18, 2010

#3 Pretty Prom MakeUp - Michelle Phan

Aku memang suka tengok si Michelle Phan. Natural beauty ok. Dia adalah duta Lancome. Aku selalu tengok video tutorial mekap dia kat Youtube. Ala dia tak mekap pun still cun jugak.

Nak tayang video Michelle Phan ni. Pengguna Lancome boleh ikut cara Michelle. Confirm Cantik & Comel =P


Sunday, October 17, 2010

#1 ehem.

Ok. First entry selepas 2 tahun halimunan. i'm back. Sayang gila dengan url blog ni. Kekok gila nak start blog hahaha.


Tolong ajar aku macam mana nak blogging =)