Tuesday, December 7, 2010

Marsya Adriana Graduation Day

Pergh.. tajuk entri macam budak tu graduate dari universiti mana-mana je lah kan haha.. Padahal baru habis tadika .Ok lah tu kan. Ni kira permulaan hidup dia laa.. Peristiwa ni dah lama dah lepas aku buat entri Pelangi Petang. Wut to do lah kan.. aku sibuk dengan kerja harian. (lah sangat) Nak blogging ni fikir banyak kali n kena carik mood baik punya. Nak kata sekarang mood bagus sangat tak lah sebab rasa mata ni macam ajak belayar dah.

Kerja banyak gila pending. Minggu lepas aku sibuk. Aku letih.  makanya masa rehat aku adalah seminggu ke dua minggu. Kalau kerja company sendiri jahanam lingkup dah kan? Sementara tunggu mood rajin ni ada pekdah nya aku upload video yang aku sempat rekod hari tu.


si Marsya ni dia masuk tadika majoritinya cina. My Little Kingdom ke apa entah. Berapa kerat je pun budak melayu nya. Masa persembahan bebudak tu nyanyi lagu cina. Semua lagu cina kot. Omputih tak sure la ada berapa lagu. Siap menari bagai. Ada satu part tu dorang sebut bahasa cina tak tahu benda apa aku pun tak dengar jelas (padahal aku tak paham satu haram) tetiba kaum-kaum perempuan emak-emak semua bangun. Lepas tu kaum lelaki pulak bangun. So yang parents orang melayu ni terpinga-pinga je lah tak paham kann. Rupanya dorang mintak semua parents bangun. Kononnya untuk penghargaan pada mak bapak oleh anak-anak kecik tu.

Tu la kan kalau rasa nak hantar anak pergi sekolah bahasa lain tu makesure la ada basic gak parents nye hehe. Ni blur-blur terpinga leceh jugak. Tapi kan aku suka lagik Aiman punya tadika dulu. Tadika melayu lah majoriti. Siap ada tarian tradisional lagik. Kalau dah tekak melayu payah laa kan. Patutlah i tak ada hati langsung nak carik boyfriend mat salehhh walau hensem macam mana pun yang hitam manis kelat gak aku pilih hahaha