Monday, December 13, 2010

Coklat Oreo

Projek Coklat Oreo berjalan dengan lancar sebab tetiba my PA datang mengejut hantar stok tudung. Boleh pulak offer diri nak tolong buat coklat. Wah itu sudah bagus. mak pun pun tak berapa sihat nak tolong aku kalau tengah sihat memang laju je menolong.

Al-maklumlah nak buat coklat ni memang senang sangat. Tapi aku cemuih, lenguh tangan bila bab mengacau coklat atas dapur tu. Guna kaedah double boiler ye tuan puan. Pastikan coklat tidak berketul-ketul. Tapi aku selalu main tipu. Dah separuh cair tapi masih berketul aku dah angkat ketepi pastu kacau habis-habisan lenyek sikit pastu letak balik kat dapur so cepat lah sikit kerja aku. Kalau harap kat atas mangkuk tu alahai dengan panasnya dengan nak control dedua tangan lagik. Lamanya haihhh nak tunggu cair. Aku memang selalu ingkar nasihat cikgu aku hahaha.

Selalunya kalau projek coklat ni sejam pertama aku boleh tahan lagik. Lepas sejam tu aku mula lah mandommm.  Kerana itu lah aku selalu memerlukan ramai Assistant. Assistant semua boleh harap punya. Selalu jadi mangsa mak aku dan abang aku dan AK. Pernah dulu masa kenduri kahwin adik kak ipar aku kami buat besar-besaran 4 hari 3 malam selesaikan 1400 biji coklat. Nak pengsan ok. Juling mato dah. Bila dah setel bab coklat lagi satu bab ialah packing. Perlu banyak-banyak sabaq hehehe.

Thats why lah wehhh orang jual coklat homemade ni mahal tau. Proses tu yang mahal. Jangan fikir orang yang buat homemade coklat ni tahu nak kaut untung je. Untung tak lah banyak mana sebab kos coklat pun mahal. kos tenaga lagi. kos masa lagi. kos air eletrik lagi. Pasal coklat tu ada orang kata guna je lah coklat masakan yang selalu letak kat atas kek tu. Murah pun murah.  Aku gelak guling-guling kang. Korang try la buat jadikan coklat. Pastu korang rasa dan bezakan sendiri huhuhu.


Eh. Aku nak cerita pasal Coklat Oreo. Dah jauh sesat. Kali ni aku cuma mengacau coklat. Tugas mendeko mencolor bagai AK yang buat. Comot lah jugak tapi sweet je. Muka je ganas tapi dalam hati ada taman kui kui kui. Alaa aku sendiri pun buat lagik comot. Kira dia main color lagik kemas sikit dari aku haha aku mengaku ni.

 Tengok lah colorful gila. Aku suka color-color tu. Yang celoreng tu sebenarnya plain oreo. Asalnya nak beli edible image Ben10 tapi satu keping saiz A4 tu pun 10 hengget dapat lah utk 10 ketul kot. Aku rasa tak berbaloi sebab Ben10 tu akhirnya kena buang jugak. Gila punya tak sedap lah makan edible tu.
AK rajin conteng-conteng.  Aku cuma letak star kecik tu je.


Memula masa susun ni aku yang buat. Dah peringkat akhir kerja AK punya rajin melayan pergi susun satu-satu bentuk love nih. Sangat gigih lah. Lepas tu dia pun snap lah pic ni. Macam tahu-tahu je aku suka. Lepas settle kerja ni terus nak lari balik rumah. Nak lari dari kena packing lah tu haha aku kena buat sorang-sorang. Nevermind.

Aku tak bagitahu ek sebenarnya Coklat Oreo ni nak bagi khas untuk anak-anak saudara aku yang dekat dan yang jauh sempena masuk JAWI. dah niat nak bagi dari hari tu so apa lagik kan.. Aku harap dorang suka lah makan Coklat Oreo yang manis gila ni. Coklat Susu yg sedia manis ditambah cream oreo yg lagik manis. Aiyo kencing manis ok. Patutnya aku guna dark coklat untuk oreo tu. Wuteva lah kan. Bebudak tu mesti suka makan bagi tambah rongak gigi tu.

P/S: Lepas ni entri yang penuh dalam draft akan dikeluarkan. Semuanya dalam schedule. Auto publish je lah nanti. Petang Selasa dah boleh cuti. Yahooo. yahoo betul ke ni? hmppfh