Sunday, March 20, 2011

Lepak Wif Old Prens

sebenarnya masa tu aku memang busy dengan kenduri lah apa lah. tapi sebab dah janji dengan cik Zek yang payah nak cuti weekend terpaksa lah kan. nanti kata aku lupa kawan2 pulak. kebetulan si Aniza pun nak keluar jugak jumpa sekali. Aniza tu tinggal satu flat dengan aku je. tapi sejak aku pindah kat sini aku tak pernah pergi rumah dia. dan aku tak pernah ajak dia datang rumah aku. teruknya aku kan? hehe memang kena bantai teruk kena kata laaa aku ni lupa kawan manjang.

aku duduk kat flat pun bukan selalu jumpa orang. pergi keja balik keja. balik keja aku ada keja lain nak buat. aku bukan kenal pun warga flat ni. kecuali makcik jiran sebelah. malas nak campur2 sangat. pedulik apa orang kata aku sombong. kalau setakat bercampur kumpul reramai buat ketupat je. orang ni macam tu. orang tu macam ni. mak bedah ramai kat sini. tu je aku boleh kata. walaupun aku pun boleh tahan mak joyahnya tapi dengan orang tertentu je lah hahaa..

berbalik pada topik. aku amik zek ngan aniza kat rumah zek. kami terus pergi jusco perda. sebab aku nak mintak tolong zek pilih hadiah untuk lelaki. dia bab2 set2 ke barang2 semua tu memang dia serba tahu la banding dengan aku ni pakai hantam kromo jugak tapi cerewet. camnos tu? pilih punya ada lah berejam jugak.



lepas tu terus laju keluar jusco bawak dorang pergi makan. kat route69. belakang opis aku je pun. aku terpaksa cepat2 dating dengan dorang sebab pukul 9 ada dating lain. plan suprise macam ok tapi.. alahai nanti aku cerita

Saturday, March 19, 2011

BMI Calculator: pensaiko diri sendiri

aku terjumpa menatang ni kat bmi club. nak jugek mensaiko diri. kat situ ada boleh nampak bentuk badan kita berubah ye kalau tetiba berat mendadak naik. macam lucah je gambar. tapi pedulik. benda ni kasi semangat aku. sangattt!




The Body Mass Index (BMI) is calculated with the formula weight divided by height in meter to square. To make it easy for visitor of your web page to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Gadget/BMI-Club in your website . Please take also a look at Waist circumference.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.



visual agak lucah. sorii

Sunday, March 13, 2011

Lapar pukul 2 pagi

tahan. tahan. cek balik bmi anda ye.


Your Calculated BMI is: 23.5


wtf???

lepas 25 aku dah kategori overweight. tak payah tunggu 25 pun sekarang sudah nampak terbukti!

macam mana nak hapuskan 10kg yang tak berguna tu? !@#$#%)*+#$@#$%^?>*&&!@$

Wednesday, March 2, 2011

Gelek bersama Dania Maisarah!

Si Cilik bernama Dania Maisarah baru berumur 2 tahun setengah pandai menari! Comel sesangat dia. dak kecik ni anak saudara si Ellina. tengah syok amik gambar mak saudara dia nak makan beradab dia pun tetiba naik pentas dengar lagu terus menari. sangat spontan ok! tak ada siapa suruh pun. apa lagi aku terus rakam la detik comel tu.