Sunday, March 20, 2011

Lepak Wif Old Prens

sebenarnya masa tu aku memang busy dengan kenduri lah apa lah. tapi sebab dah janji dengan cik Zek yang payah nak cuti weekend terpaksa lah kan. nanti kata aku lupa kawan2 pulak. kebetulan si Aniza pun nak keluar jugak jumpa sekali. Aniza tu tinggal satu flat dengan aku je. tapi sejak aku pindah kat sini aku tak pernah pergi rumah dia. dan aku tak pernah ajak dia datang rumah aku. teruknya aku kan? hehe memang kena bantai teruk kena kata laaa aku ni lupa kawan manjang.

aku duduk kat flat pun bukan selalu jumpa orang. pergi keja balik keja. balik keja aku ada keja lain nak buat. aku bukan kenal pun warga flat ni. kecuali makcik jiran sebelah. malas nak campur2 sangat. pedulik apa orang kata aku sombong. kalau setakat bercampur kumpul reramai buat ketupat je. orang ni macam tu. orang tu macam ni. mak bedah ramai kat sini. tu je aku boleh kata. walaupun aku pun boleh tahan mak joyahnya tapi dengan orang tertentu je lah hahaa..

berbalik pada topik. aku amik zek ngan aniza kat rumah zek. kami terus pergi jusco perda. sebab aku nak mintak tolong zek pilih hadiah untuk lelaki. dia bab2 set2 ke barang2 semua tu memang dia serba tahu la banding dengan aku ni pakai hantam kromo jugak tapi cerewet. camnos tu? pilih punya ada lah berejam jugak.



lepas tu terus laju keluar jusco bawak dorang pergi makan. kat route69. belakang opis aku je pun. aku terpaksa cepat2 dating dengan dorang sebab pukul 9 ada dating lain. plan suprise macam ok tapi.. alahai nanti aku cerita