Monday, October 25, 2010

Si Jendol

Tadi petang saja jalan-jalan masuk butik baju. butik tudung. Ada jumpa satu jenis tudung ni. Pernah tengok sebelum raya lagi. Sekali pandang macam turban daa. Tapi ni versi perempuan la. Inner kat dahi tu macam dijerut sikit keatas dengan klip apa-apa entah. Konon comel lah kan.

Memang lah comel kalau pakai kena muka dan kena gaya. Aku pun ada hati jugak nak try. Macam-macam kaedah aku cuba. Pusing kiri kanan tengah. Dahi je yang tersembul. Punah hasrat hati.


Tu haa kat atas ni lah Tudung Nani nya. Rasanya tu pic pengasas tudung nani. Kalau tak silap laa. Alaa sponsor tudung kat drama Astro Tudung Express yang Lisa Surihani berlakon. Aku tak pernah tengok pun. Rumah tak dibenarkan pasang astro.

If aku buat selambe rawk redah je pakai amacam? kasi nampak terjungkit sikit dahi sebelah macam baru lepas terhantuk lepas tu lebam.

Saturday, October 23, 2010

Gemuk Hempap Kurus

Aku main banyak bab nak kecik kurangkan berat badan. Benda ada depan mata pun malas nak buat. Benda yang dah bayar sampai ribu pun malas nak attend. Aku tak ada alasan lain kecuali MALAS.

Hari-hari cakap pasal nak diet. Hari-hari cakap pasal nak pakai seluar jeans lama. Berbuih-buih mulut cakap dengan diri sendiri. Tapi satu haram tak guna.

Ya. Aku macam mimpi ngeri bila terjumpa pic yang kurang ajar macam kat bawah ni. Cilaka betul lah siapa lah yang pergi share kat facebook tu. Kalau perempuan yang menghempap tu adalah aku isk memang lah.. Huwaaaaaaaaaaaaaa! Kesian ok.


Tapi nak kesian kat perempuan yang menghempap atau pada yang kena hempap tu? tsk.

Wednesday, October 20, 2010

Chinta @ Fasha Sandha


Mula-mula tak berapa rasa nak tengok drama ni. Sebab pelakon utama nya Fasha Sandha (?). Dari episod pertama aku try layan drama ni. Sampai kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Makin lama makin suspen. Wah best ok cerita ni. Nak cerita sinopsis nya panjang lebar pulak nanti.

Siapa yang layan dari mula lagi konpem hari-hari nak balik kerja cepat sebab nak tengok drama ni pukul 6.30 petang. macam aku lah. Ingat senang ke aku nak ngadap tv sangat? Jenjarang lah weh.

Serius cakap lah selain jalan cerita dia yang memang best (kecuali scene matikan banyak watak terlalu cepat) aku nak cakap yang pelakon utama dia Fasha Sandha memang the best actress lah! Dah la muka cantik. Serius dia memang cantik. Ada orang tak puas hati statement ni ke? hehehe. Terima lah kenyataan beb.

Mungkin ramai tak suka dengan peribadi dia (termasuk aku). Kisah peribadi dia yang macam tu yang macam ni whatsoever lah. Tapi tak payah lah nak hina macam-macam sangat macam kau tu sempurna gila babi, macam kau paling bagus, dan macam kau tu paling cantik/hensem dalam dunia ni. Cermin diri dulu woo. Ok dah banyak "macam" aku sebut.

Sorry ya aku tak backing hanya kerana aku suka tengok Chinta huhuhu. Ekceli, aku pernah jumpa si Fasha ni sekali je seumur hidup aku masa aku kerja kat kedai sukan Studio kat Carrefour tahun 1999. Masa tu dia budak lagi. Eh muda remaja laa. Aku pun baru lepas SPM kot. Dia masuk kedai cari baju Body Glove yang new arrival. Layan body glove ok time tu. Muka tak berubah dari dulu sampai sekarang. Kiranya natural beauty wa cakap lu. Masa tu dia baru jadi model kot.

Dia junior aku masa sekolah. Junior sesangat lah sebab aku tak pernah jumpa dia kat sekolah. Aku sekolah pagi dia sekolah petang. Aku dah keluar sekolah dia masuk sesi pagi. Setahu aku dia memang ramai peminat kat sekolah. Cikgu-cikgu pun ada yang gila kan dia. Ni cerita adik angkat aku lah. Ops. Kakak dia pernah kerja satu kilang dengan aku dolu-dolu. (ada siapa kisah? hahaha)

 Aku cuma pemerhati dari jauh je cewah. Aku tahu banyak cerita dia sebab si Fasha ni memang pemes amos lah kat tempat aku. So tak payah dia kenal aku atau aku kenal dia. Kami memang tak pernah kenal. Yang aku tahu dia sekarang seorang pelakon yang hebat. Itu sahaja.

Tak sabar nak tengok ending Chinta. Siapa sebenarnya Faradhiya dalam drama ni? Yang pasti hero dah mati. Sobs.

P/S: Cantik gila baju pengantin yang Fasha pakai tu. Ke Fasha memang cantik pakai baju apa pun? hahaha *larikk dari anti-fasha* =P

Monday, October 18, 2010

#3 Pretty Prom MakeUp - Michelle Phan

Aku memang suka tengok si Michelle Phan. Natural beauty ok. Dia adalah duta Lancome. Aku selalu tengok video tutorial mekap dia kat Youtube. Ala dia tak mekap pun still cun jugak.

Nak tayang video Michelle Phan ni. Pengguna Lancome boleh ikut cara Michelle. Confirm Cantik & Comel =P


Sunday, October 17, 2010

#1 ehem.

Ok. First entry selepas 2 tahun halimunan. i'm back. Sayang gila dengan url blog ni. Kekok gila nak start blog hahaha.


Tolong ajar aku macam mana nak blogging =)