Wednesday, October 20, 2010

Chinta @ Fasha Sandha


Mula-mula tak berapa rasa nak tengok drama ni. Sebab pelakon utama nya Fasha Sandha (?). Dari episod pertama aku try layan drama ni. Sampai kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Makin lama makin suspen. Wah best ok cerita ni. Nak cerita sinopsis nya panjang lebar pulak nanti.

Siapa yang layan dari mula lagi konpem hari-hari nak balik kerja cepat sebab nak tengok drama ni pukul 6.30 petang. macam aku lah. Ingat senang ke aku nak ngadap tv sangat? Jenjarang lah weh.

Serius cakap lah selain jalan cerita dia yang memang best (kecuali scene matikan banyak watak terlalu cepat) aku nak cakap yang pelakon utama dia Fasha Sandha memang the best actress lah! Dah la muka cantik. Serius dia memang cantik. Ada orang tak puas hati statement ni ke? hehehe. Terima lah kenyataan beb.

Mungkin ramai tak suka dengan peribadi dia (termasuk aku). Kisah peribadi dia yang macam tu yang macam ni whatsoever lah. Tapi tak payah lah nak hina macam-macam sangat macam kau tu sempurna gila babi, macam kau paling bagus, dan macam kau tu paling cantik/hensem dalam dunia ni. Cermin diri dulu woo. Ok dah banyak "macam" aku sebut.

Sorry ya aku tak backing hanya kerana aku suka tengok Chinta huhuhu. Ekceli, aku pernah jumpa si Fasha ni sekali je seumur hidup aku masa aku kerja kat kedai sukan Studio kat Carrefour tahun 1999. Masa tu dia budak lagi. Eh muda remaja laa. Aku pun baru lepas SPM kot. Dia masuk kedai cari baju Body Glove yang new arrival. Layan body glove ok time tu. Muka tak berubah dari dulu sampai sekarang. Kiranya natural beauty wa cakap lu. Masa tu dia baru jadi model kot.

Dia junior aku masa sekolah. Junior sesangat lah sebab aku tak pernah jumpa dia kat sekolah. Aku sekolah pagi dia sekolah petang. Aku dah keluar sekolah dia masuk sesi pagi. Setahu aku dia memang ramai peminat kat sekolah. Cikgu-cikgu pun ada yang gila kan dia. Ni cerita adik angkat aku lah. Ops. Kakak dia pernah kerja satu kilang dengan aku dolu-dolu. (ada siapa kisah? hahaha)

 Aku cuma pemerhati dari jauh je cewah. Aku tahu banyak cerita dia sebab si Fasha ni memang pemes amos lah kat tempat aku. So tak payah dia kenal aku atau aku kenal dia. Kami memang tak pernah kenal. Yang aku tahu dia sekarang seorang pelakon yang hebat. Itu sahaja.

Tak sabar nak tengok ending Chinta. Siapa sebenarnya Faradhiya dalam drama ni? Yang pasti hero dah mati. Sobs.

P/S: Cantik gila baju pengantin yang Fasha pakai tu. Ke Fasha memang cantik pakai baju apa pun? hahaha *larikk dari anti-fasha* =P